nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeCalendarFAQRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
by just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
by just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
by Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
by Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
by unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
by unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
by noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
by noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
by Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
by mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
by bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
by noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
by Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
by waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

Share | 
 

 Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Thu Oct 01, 2009 8:40 pm

Kata orang, cinta ini tidak mengenal usia. Tidak juga dibataskan dengan paras rupa. Anda cinta sudah menebal, yang molek sahaja disaji mata. Mungkin inilah yang dikatakan cinta itu buta! Namun, andai cinta itu menjadi punca kesihatan dan penampilan diri diabaikan, rasanya sudah tiba masa untuk anda sedar daripada lamunan cinta itu.

Mungkin bagi pasangan yang baru berkahwin, pelbagai persediaan telah dilakukan. Banyak perkara yang perlu difikirkan seperti berkongsi rumah, kereta dan mungkin kewangan. Ya, sememangnya perkahwinan itu adalah perkongsian hidup. Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa tidak semua perkara perlu dikongsi bersama lebih-lebih lagi jika ia menyentuh soal makan.

Di awal perkahwinan, ada sebahagian pasangan yang menghadapi kesukaran dalam menentukan pilihan tempat makan (sama ada di rumah atau di luar), apakah hidangan yang perlu disediakan (nasi campur atau hidangan barat) dan apakah kaedah masakan (memanggang atau menggoreng).

Kajian yang dilakukan di British menunjukkan golongan suri rumah merupakan pihak yang lazimnya akan berkompromi bagi memenuhi tabiat makan si suami. Kesan daripada hal ini adalah mereka turut sama mengalami peningkatan berat badan.

Penulis buku berjudul "Your Diet Is Driving Me Crazy", Cynthia Sass, menjelaskan terdapat empat jenis konflik makanan yang biasa dihadapi. Turut dikongsikan bersama adalah nasihat bagaimana untuk mengekalkan hubungan perkahwinan yang harmoni dan pada masa yang sama dapat menjaga berat badan dengan berkesan.

1. Konflik: Suami boleh makan apa jua yang diinginkannya tanpa pertambahan berat badan. Sementara anda pula terpaksa menjaga kalori pada makanan yang diambil sekerap yang mungkin untuk mengekalkan bentuk badan yang langsing.

Bagaimana Cara Menghadapinya?

Apabila anda mulai berasa cemburu dengan suami anda tentang berat badannya yang tidak bertambah, segeralah mengingatkan diri bahawa dia tidak bertujuan untuk menyakitkan hati anda. Suka membandingkan diri dengan orang lain sememangnya merupakan sikap semula jadi manusia. Pun begitu, ketahuilah bahawa lelaki biasanya memerlukan 20% hingga 30% lebih banyak kalori berbanding wanita bagi memastikan badan mereka sentiasa sihat dan bertenaga. Sekiranya konflik ini masih menghantui anda, mintalah suami anda agar tidak makan di hadapan anda.

2. Konflik: Suami anda pulang lewat dari pejabat dan meminta agar anda menemaninya makan malam sekembalinya dia ke rumah. Anda pula berasa lapar dan tidak mampu menunggunya. Justeru akhirnya, anda makan dua kali pada malam itu.

Bagaimana cara menghadapinya?

Kebanyakan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga beranggapan bahawa menikmati makan malam bersama adalah petanda bahawa hubungan yang terjalin berjalan dengan lancar. Memandangkan masa untuk berdua-duaan adalah lebih penting berbanding makanan, anda boleh membahagikan hidangan makan malam anda kepada dua di mana bahagian yang pertama (hidangan berat) dimakan terlebih dahulu iaitu ketika lapar, manakala bahagian kedua pula (hidangan ringan) dimakan kemudian bersama suami apabila dia pulang ke rumah nanti.

3. Konflik: Suami anda menunjukkan rasa cintanya dengan memberikan hadiah berupa sekotak besar coklat.

Bagaimana Cara Menghadapinya?

Jika anda menolak pemberiannya itu, dia mungkin akan terasa hati dan beranggapan anda menolak cinta murninya kepada anda. Jangan bimbang kerana anda tidak perlu berbuat demikian. Jalan penyelesaiannya adalah dengan hanya memakan satu atau dua ketul coklat tersebut dan berikan selebihnya kepada keluarga anda. Kemudian, beritahu kepada suami anda betapa anda sangat menghargai pemberiannya itu tetapi ada juga beberapa cara lain yang boleh dilakukannya sebagai menyatakan rasa cintanya kepada anda. Cadangkan kepadanya beberapa perkara lain yang boleh dilakukan seperti menawarkan diri mengurut kaki anda, atau mungkin sekadar mengangkat kain di jemuran.

4. Konflik: Berat badan suami anda sudah meningkat 10kg dan anda berusaha untuk membantunya menikmati makanan yang sihat telah disalah ertikan. Seterusnya, usaha anda menuju ke jalan buntu.

Bagaimana cara menghadapinya?

Mengubah atau menentukan diet suami anda mungkin akan membuatkannya berasa seolah-olah anda cuba mengawal dirinya. Apa yang boleh anda lakukan adalah mulakan membeli snek sihat dan pilihlah daging mentah yang rendah lemak untuk hidangan makan malam bersama. Selain itu, penuhi kabinet dapur dan peti sejuk di rumah dengan makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Dengan cara ini, tabiat suami anda yang suka makan apa sahaja makanan yang ada di rumah secara tidak langsung akan terpelihara, tanpa perlu anda berleter atau mengongkongnya.
Back to top Go down
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Fri Oct 02, 2009 3:52 am

hehehehehe..jynn dah kawin ker?? wahahahahahahhaa..
Back to top Go down
noname
Moderator
Moderator


Posts : 55
Join date : 2009-10-02

PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Fri Oct 02, 2009 9:00 pm

king...ayat nampak...
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Sat Oct 03, 2009 5:02 am

lum g rr... single ne.. Very Happy Razz Embarassed
Back to top Go down
mysterious
Genin Senior
Genin Senior


Posts : 60
Join date : 2009-10-27

PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Wed Oct 28, 2009 10:35 am

affraid suami bagi apa leh buat gemuk Question
xpun mungkin istri xjaga bdn kowt
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami   Today at 1:57 pm

Back to top Go down
 
Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Tips & Nasihat-
Jump to:  
Forumotion.com | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Free forum