nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeCalendarFAQRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
by just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
by just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
by Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
by Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
by unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
by unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
by noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
by noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
by Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
by mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
by bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
by noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
by Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
by waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

Share | 
 

 Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Morpheus_d_vai
Helper
Helper


Posts : 169
Join date : 2009-10-09
Location : tepi divaider

PostSubject: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Thu Nov 19, 2009 12:47 pm

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah....
Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang

tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.

Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan

hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang.

Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah....katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku
pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan
itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah
meninggal.

_________________
TERUSKAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI...

WHY NOT GET PAID TO LEAVE A COMMENT?--->youthsays
Back to top Go down
http://rajalawakjenaka.blogspot.com
cik dalyla
Helper
Helper


Posts : 387
Join date : 2009-09-27

PostSubject: Re: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Fri Nov 20, 2009 8:54 am

seram pulak
malaikat yg tolong kot?
jd betullah badi mayat tu wujud?
isk2

_________________


I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone.
We are not the same persons this year as last; nor are those we love. It is a happy chance if we, changing, continue to love a changed person.

Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 106
Location : Holy Land, Jurusalem

PostSubject: Re: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Fri Nov 20, 2009 11:40 am

cerita ni rekaan ke btol2.
mcm pelik je ambil air jenazah buat mandi, siap ada pulut kuning.
kalau ada pulut kuning tu lebih ke arah syirik tu.
kalau perubatan islam xkan guna pulut kuning dan air mayat sebab air mayat kotor.

_________________

We Are Happy Family!

Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior


Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 59
Location : umah atas tanah di planet bumi

PostSubject: Re: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Fri Nov 20, 2009 3:05 pm

seram ish2....penah nampak...seram...
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 29
Location : dalam jasad manusia

PostSubject: Re: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Fri Nov 20, 2009 3:14 pm

neofairy wrote:
cerita ni rekaan ke btol2.
mcm pelik je ambil air jenazah buat mandi, siap ada pulut kuning.
kalau ada pulut kuning tu lebih ke arah syirik tu.
kalau perubatan islam xkan guna pulut kuning dan air mayat sebab air mayat kotor.

pulut kuning tu nk jamu tetamu yg dtg mase tu kot...
tp x pasti samada air mayat tu digunakan utk apa..

_________________

MATI ITU PASTI.....HIDUP INSYAALLAH


Apabila hujan turun..
Melimpah lah air dari perbukitan
Aliran menujah ke batu
melekuk..
tanda waktu beralih
Seiring nyawa menghanyut usia
Sejalan nafas
melangkah ke hujung..


"....Awan..
Kalau dapat dicapai
maka saktilah hamba.."



Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 106
Location : Holy Land, Jurusalem

PostSubject: Re: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Fri Nov 20, 2009 4:51 pm

kalau pulut kuning digunakan untuk menjamu jin.
bukan bermakna jin tu mkan pulut, jin tu mkn dgn bau pulut tu.
same case juga la dgn kamenyan. jin tu mkn dgn bau.
kiranya kalau guna pulut tu mcm mntk tlg jin la.

_________________

We Are Happy Family!

Back to top Go down
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 29
Location : dalam jasad manusia

PostSubject: Re: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Fri Nov 20, 2009 5:30 pm

ohh..mcm tu...so nanti plut tu dimakan oleh org la eh..bukan jin mkn pulut tu...tp xkan la diorg nk buang pulut tu kan semata2 sbb jin dah amik bau je...nanti membazir lak ,membazirkan amalan syaitan.......

whahahahaah

tp kalu bau kemenyan tu mmg makanan jin ,dan jin suka mkn asap....adakah asap rokok pun mknan jin juga ?
Relax berlagak

_________________

MATI ITU PASTI.....HIDUP INSYAALLAH


Apabila hujan turun..
Melimpah lah air dari perbukitan
Aliran menujah ke batu
melekuk..
tanda waktu beralih
Seiring nyawa menghanyut usia
Sejalan nafas
melangkah ke hujung..


"....Awan..
Kalau dapat dicapai
maka saktilah hamba.."



Back to top Go down
cik dalyla
Helper
Helper


Posts : 387
Join date : 2009-09-27

PostSubject: Re: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Fri Nov 20, 2009 8:01 pm

rasanya mmg pulut tu untuk jin r
kalo nak jamu org kasi jela nasik minyak ke
nasik lauk2 ke
kenapa mesti pulut kuning
lgpun sape plak yg dtg umah diorg time tu isk2
tp ape mksd nye dgn air mandi jenazah yg masih di dlm getah?

_________________


I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone.
We are not the same persons this year as last; nor are those we love. It is a happy chance if we, changing, continue to love a changed person.

Back to top Go down
mr. O
Anbu
Anbu


Posts : 266
Join date : 2009-09-28
Age : 26
Location : Consortium Blue Dream

PostSubject: Re: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Sat Nov 21, 2009 11:52 am

kalo aku, aku prefer makan nasi goreng ayam<---------sengaja lari topik...
Back to top Go down
http://resurrectionoffaizan.blogspot.com/
Sponsored content




PostSubject: Re: Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal   Today at 9:44 pm

Back to top Go down
 
Berhati-hati selepas menziarahi org meninggal
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Arena Celoteh :: Cerita Seram~-
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Free forum