nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeCalendarFAQRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
by just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
by just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
by Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
by Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
by unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
by unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
by noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
by noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
by Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
by mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
by bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
by noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
by Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
by waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

Share | 
 

 Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh   Mon Nov 02, 2009 1:45 am

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.

Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.

Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.

Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.

Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.

Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.

Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.


MOHD. ALI MUHAMAD DON

Pensyarah Pusat Pemikiran

dan Kefahaman Islam

UiTM Kampus Bandaraya,

Johor Bahru
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior


Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 59
Location : umah atas tanah di planet bumi

PostSubject: Re: Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh   Mon Nov 02, 2009 8:09 am

Terharu baca artikel ni berharap
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh   Mon Nov 02, 2009 12:53 pm

Tahniah Cikgu a.k.a Guru Ain! Terima Kasih Cikgu, Kerana Cikgu Kami Mengenal Nostalgia, Kami Dapat Menaip Perkataan Nostalgia! Terima Kasih! Cikgu Dan Guru!

Guru Besar, guru kecil, Guru Gmok, Guru Krus dan Semua Guru.. Tidak Juga Lupa Cikgu.

p/s : guru dan cikgu tak samakah? kalau sama.. mengapa.. di sekolah-sekolah, guru biasa dipanggil cikgu, tetapi guru yang berpangkat dipanggil guru dan tambahan 'besar' (guru besar). kalau tak sama bagaimana dengan hari guru? untuk guru atau cikgu? Hahaahahahahahhahah...
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior


Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 59
Location : umah atas tanah di planet bumi

PostSubject: Re: Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh   Mon Nov 02, 2009 1:12 pm

Quote :
Tahniah Cikgu a.k.a Guru Ain! Terima Kasih Cikgu, Kerana Cikgu Kami Mengenal Nostalgia, Kami Dapat Menaip Perkataan Nostalgia! Terima Kasih! Cikgu Dan Guru!

Guru Besar, guru kecil, Guru Gmok, Guru Krus dan Semua Guru.. Tidak Juga Lupa Cikgu.

p/s : guru dan cikgu tak samakah? kalau sama.. mengapa.. di sekolah-sekolah, guru biasa dipanggil cikgu, tetapi guru yang berpangkat dipanggil guru dan tambahan 'besar' (guru besar). kalau tak sama bagaimana dengan hari guru? untuk guru atau cikgu? Hahaahahahahahhahah...


wakakkaka...edy kamu begitu pelik.....kenapa de budak yg cam edy kat cni....nasib baik tak jumpa kat sekulah budak camni....adeh sakit perut gelak bertubi2..... tidak
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh   Mon Nov 02, 2009 1:25 pm

ainD_Oracle wrote:

wakakkaka...edy kamu begitu pelik.....kenapa de budak yg cam edy kat cni....nasib baik tak jumpa kat sekulah budak camni....adeh sakit perut gelak bertubi2..... tidak

isk isk.. wakakakakakkakakakaka
tapi tanda tanya juga..

bila panggil cikgu besar, cikgu-cikgu gemuk yang marah..
bila panggil guru besar, guru-guru gemuk tak marah..
bila panggil guru kecil, guru-guru yang pendek marah..
bila panggil cikgu kecil, cikgu-cikgu pendek tak marah..

ganjil juga.. hehehehehhe..

Nak sebut Selamat Hari Cikgu.. lain juga bunyi dia..
Nak sebut Selamat Hari Guru.. kesian cikgu2.. ada 98%/100% adalah cikgu. dan 2%/100% adalah guru.

owh cikgu, owh guru...
diusia kecil mengenal cikgu dan guru adalah sukar bagiku..
owh cikgu,. owh guru...
kita 1 malaysia, tapi ada beza antara cikgu dan guru..
owh cikgu,.. owh guru...
yang pasti dulu kami berguru
owh cikgu,.. owh guru..
tapi sekrang pun ber-cikgu..
owh cikgu... owh guru..
adakah "CIK"-gu adalah utk wanita huu.. (kasih sedap ayat.. semua hujung2 ada "U")
owh cikgu.. ohw guru...
takkan lelaki guna "GU"-ru huu.
owh cikgu owh guru..
I pening, mesti U-buntu..
owh cikgu owh guru..
to be continuee.....
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior


Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 59
Location : umah atas tanah di planet bumi

PostSubject: Re: Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh   Mon Nov 02, 2009 4:56 pm

Quote :
isk isk.. wakakakakakkakakakaka
tapi tanda tanya juga..

bila panggil cikgu besar, cikgu-cikgu gemuk yang marah..
bila panggil guru besar, guru-guru gemuk tak marah..
bila panggil guru kecil, guru-guru yang pendek marah..
bila panggil cikgu kecil, cikgu-cikgu pendek tak marah..

ganjil juga.. hehehehehhe..

Nak sebut Selamat Hari Cikgu.. lain juga bunyi dia..
Nak sebut Selamat Hari Guru.. kesian cikgu2.. ada 98%/100% adalah cikgu. dan 2%/100% adalah guru.

owh cikgu, owh guru...
diusia kecil mengenal cikgu dan guru adalah sukar bagiku..
owh cikgu,. owh guru...
kita 1 malaysia, tapi ada beza antara cikgu dan guru..
owh cikgu,.. owh guru...
yang pasti dulu kami berguru
owh cikgu,.. owh guru..
tapi sekrang pun ber-cikgu..
owh cikgu... owh guru..
adakah "CIK"-gu adalah utk wanita huu.. (kasih sedap ayat.. semua hujung2 ada "U")
owh cikgu.. ohw guru...
takkan lelaki guna "GU"-ru huu.
owh cikgu owh guru..
I pening, mesti U-buntu..
owh cikgu owh guru..
to be continuee.....


setelah mendapat rujukan...rupanya edy ni mmg berbakat sebagai sorg pemikir yg pelik....
pemikirannya sgt dikagumi oleh segenap rakyat nostalgia....
sehingga gadis2 yg ada di sini turut pelik kenapa mereka bole jatuh cinta dgn budak pelik ni.....bg sy pula...kepelikan edy ini adalah anugerah yg tak terhingga..kerana mampu membuat urat saraf pp menegang disamping urat perut yg rs macam nak putus....tahniah edy si pelik.....

ps: truskan sifat pelik kamu ni...kerana pelik kamu ini sgt menghiburkan...chayo!
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh   Mon Nov 02, 2009 5:07 pm

ainD_Oracle wrote:

setelah mendapat rujukan...rupanya edy ni mmg berbakat sebagai sorg pemikir yg pelik....
pemikirannya sgt dikagumi oleh segenap rakyat nostalgia....
sehingga gadis2 yg ada di sini turut pelik kenapa mereka bole jatuh cinta dgn budak pelik ni.....bg sy pula...kepelikan edy ini adalah anugerah yg tak terhingga..kerana mampu membuat urat saraf pp menegang disamping urat perut yg rs macam nak putus....tahniah edy si pelik.....

ps: truskan sifat pelik kamu ni...kerana pelik kamu ini sgt menghiburkan...chayo!

- bukan pelik tapi ganjil. (sebenarnya tak waras.)
- dikagumi? owh tidak mereka tidak kagumi. (heheh..)
- gadis jatuh cinta? ..siapa mereka itu? share2 lahh.. hahahahhahahahahahahahahahahahahhahahahahah(cukuplah tulang rusuk ku 1 saja hilang, jika 2 hilang.. kurang 'tali gitar' di badan.. terpaksa main BASS jer..)
- erk? bahaya tu urat saraf pun ada effect.. urat perut jarang ditemui pun boleh dikesan ada yang putus.. isk2x takut2 nanti aku kena tangkap.
- pemikiran ganjil tapi nyata.. ianya kehidupan dunia.. hahahahahahah

p/s : erk! mati2



mati mati nangis3
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh   Today at 1:53 pm

Back to top Go down
 
Artis Dijulang, Doktor dan Guru Dicemuh
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Arena Celoteh :: Chitchat 24 Hours-
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Free forum