nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeCalendarFAQRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
by just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
by just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
by Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
by Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
by unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
by unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
by noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
by noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
by Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
by mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
by bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
by noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
by Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
by waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

Share | 
 

 Memories Of Terengganu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
neofairy
Admin
Admin


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 106
Location : Holy Land, Jurusalem

PostSubject: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 9:47 am




Aku share sket sedikit sebanyak tentang sejarah Terengganu. Kepada anak-anak negeri panji hitam ini, bacalah asal-usul negerimu ini. Senyum Sokmo, makang kepok lekor!

Asal-usul Nama




Asal nama Terengganu tidak diketahui dengan jelas.Teori yang menyatakan bahawa asal-usul nama Terengganu diambil dari perkataan Taring Anu sebagai mana yang telah diberitahu oleh Almarhum Sultan Omar (Marhum Baginda) tidak begitu kuat kerana jarak masa diantara zaman pemerintahan Sultan Omar dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu terlalu jauh iaitu sekitar 536 tahun sehingga 573 tahun.Tarikh yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah pada 1303 Masehi sementara Sultan Omar pula hanya berkuasa pada tahun 1839-1876 masehi.Teori ini juga ditolak berdasarkan sejarah permulaan kesultanan Terengganu yang hanya bermula pada tahun 1708 Masehi iaitu setelah pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Kuala Berang.Sedangkan Batu Bersurat Terengganu ini dipahat pada zaman pemerintahan Telanai Terengganu (Raja Mandalika).

Selain itu, dikatakan ianya berasal dari perkataan Taring Anu mengambil sempena dialog sekumpulan rombongan dari Pahang yang datang memburu di sungai Terengganu Mati sedangkan Pahang masih belum ada lagi pada waktu itu.





Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang (tempat asal
aku), kira-kira pada tahun 1887 itu menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu
ialah"Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".Manakala pada masa sekarang Terengganu dieja sebagai Terenjanu.Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO.Semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1839-1876) ada dikatakan Terengganu menggunakan gelaran "Darus-Salam".



Kepentingan Batu Bersurat.





1) Orang Terengganu tidak terlibat dengan kerajaan Langkasuka yang dikatakan dipengaruhi campuran Melayu-Siam atau Mon-Khmer kerana Batu Bersurat Terengganu dipahat dalam bahasa dan tatacara penulisan Melayu Terengganu dan tiada langsung unsur-unsur perkataan Siam di dalamnya.Dengan ini ianya menolak andaian bahawa orang Terengganu berasal dari Langkasuka ataupun Patani.

2) Telah wujud system pemerintahan yang sistematik dengan pemerintahnya mengguna-pakai gelaran Telanai.Sultan Muhammad Syah iaitu sultan Pahang pernah menghantar Seri Akar Raja untuk membunuh Telanai Terengganu setelah
baginda mengetahui Telanai telah bertemu dengan Sultan Alauddin Shah,sultan Melaka bagi meminta bantuan daripada baginda.

3) Tidak wujud perkampungan masyarakat Siam di Terengganu kecuali di Besut
yang mana mereka ini kebanyakkannya berasal dari pelarian perang di waktu berlakunya peperangan diantara Thai dengan Patani dimana kesudahannya Patani tewas pada tahun 1786 menyebabkan sebahagian penduduk mereka berhijrah ke Terengganu terutamanya di daerah Besut.Pada masa itu Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Mansur Syah 1.

4) Mengesahkan bahawa Islam mula-mula bertapak di Terengganu.
Artikel tentang kebangkitan Islam akhir zaman yang diramal oleh ahlul bayt ada aku tulis di artikel ini, Klik Sini!

5) Orang Terengganu memang bertutur di dalam bahasa melayu dan loghat terengganu adalah antara loghat melayu tertua yang masih ada.Setakat ini,hanya orang terengganu yang bertutur dengan akhiran dan g secara jelas. Contoh aku bagi, makan (makang), ikan (ikang).

6) Bahasa yang digunakan pada Batu Bersurat Terengganu lebih mudah difahami berbanding Batu Bersurat Minya Tujuh Acheh.

7) Tulisan Jawi dipercayai dicipta oleh orang Terengganu kerana setakat
ini masih belum dijumpai sebarang artifak yang mengandungi tulisan-tulisan Jawi sepertimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu.


8 ) Membuktikan bahawa sudah ada pemerintah yang telah melaksanakan Undang-Undang Islam di Terengganu.

9) Menunjukkan bahawa orang Terengganu pada waktu itu pandai menulis dan membaca.


Asal keturunan

1) Setakat ini, kebanyakkan orang Terengganu berketurunan Champa sama
sepertimana dengan orang Patani.Tetapi lebih dipengaruhi oleh susur galur dari era Dong-Son.

2) Ada juga diantara mereka ini berketurunan Yunnan bergantung kepada waktu kedatangan mereka ke Terengganu.

3) Bukti yang mengaitkan Terengganu dengan Champa ialah penemuan gendang
tembaga era Dong-Son di Pantai Batu Burok,Kuala terengganu.Pelabuhan Primula sepertimana yang disebut oleh Ptolemy mungkin merujuk kepada Batu Burok yang ada pada hari ini.Dong-Son adalah suatu tempat yang terletak di dalam sebuah daerah yang bernama Jawana yang sekarang ini terletak di utara Vietnam.Daerah ini telah ditakluk oleh orang Han sekitar kurun ke-2 Masehi.Pada peringkat awal
peperangan pada waktu itu hanya melibatkan diantara orang Han dan Viet tetapi kemudiannya berlarutan sehingga menjerumuskan nenek moyang bangsa melayu ke kancah perang tersebut.Loceng tembaga era Dong-Son juga telah dijumpai di
Kelang,Selangor.Kelang merupakan tapak awal petempatan manusia di Selangor dan orang asal Kelang ini mungkin berasal dari Terengganu.

4) Orang Terengganu merupakan masyarakat maritim atau dengan kata lainnya
terlibat dengan kegiatan perdagangan,perikanan serta pelayaran.Perahu Besar Terengganu adalah antara tinggalan warisan orang Terengganu yang memaparkan ciri-ciri warisan kebudayaan di Tanah Besar China dan ukiran-ukiran naga turut dilakar atau dicat pada kapal-kapal serta perahu-perahu mereka.Fakta lain yang mengukuhkan kenyataan ini ialah kebanyakkan orang Terengganu membina petempatan-petempatan di sepanjang pantai timur semenanjung Tanah Melayu dan tidak terhad didalam negeri Terengganu yang ada sekarang ini tetapi menjangkau ke Pahang,Johor Timur,Riau dan Lingga serta sebahagian daripada Perak.Di Perak,kita boleh menemui sebuah kampung yang bernama Kampung Kuala
Terengganu.Hatta, di Bali dan Filipina juga terdapat perkampungan orang
Melayu Terengganu.


5) Orang Kuala Berang merupakan orang Terengganu yang membina
petempatan paling jauh dari pantai.Walau bagaimanapun, kuala Berang
adalah pusat pemerintahan terawal bagi orang melayu Terengganu sebelum pusat pemerintahan kesultanan Terengganu dipindahkan ke Kuala
Terengganu.
Tempat tumpah darahku.

6) Orang Terengganu setakat ini belum pernah mendirikan sebuah empayar yang besar.


Ketenteraan


1) Dianggarkan bahawa setiap ketumbukan angkatan tentera Terengganu
berkekuatan sekitar 4000 orang berdasarkan kepada bilangan tentera dibawah pimpinan Panglima Megat Panji Alam dalam kempen menawan Melaka akibat daripada tindakan Laksamana Hang Tuah melarikan Tun Teja ke Melaka.( Teja adalah perkataan yang berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan oleh orang Terengganu untuk dibuat ubat-ubatan)

2) Selain itu, semasa kempen menyerang Besut,sekitar 8000 tentera telah dihantar ke Besut oleh Sultan Omar untuk menghapuskan pemberontakan disana dan ianya mungkin melibatkan 2 ketumbukan tentera yang menyerang dari arah laut.

3) Peperangan dengan Kelantan tidak dapat dipastikan dengan jelas jumlah
tentera yang telah digunakan.Begitu juga semasa menghadapi pemberontakan di Kemaman.


Terengganu Sebagai Pusat Perdagangan
Pada abad ke- 18 dan ke- 19, Kuala Terengganu telah menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Hal ini dijelaskan beberapa orang Eropah yang pernah melawat Terengganu, antaranya pada tahun 1719, Alexander Hamilton seorang Inggeris telah melaporkan keadaan Kuala Terengganu. Kata beliau penduduk Kuala Terengganu sebahagiannya terdiri dari orang China yang berdagang dengan Wankang atau Jong. Selain daripada itu terdapat kapal dari Siam, Kemboja dan Sambas. Pengeluaran negeri ini ialah lada hitam dan emas yang di ekspot ke China.Medhurst, seorang Mubaligh Kristian melaporkan keadaan negeri Terengganu semasa lawatan beliau pada tahun 1828, menyatakan terdapat banyak perahu-perahu kecil dipunyai orang Melayu, dua buah Jong Siam dan Perahu Besar kepunyaan Terengganu yang sedang bersiap untuk ke Singapura.

Earl mengesahkan, menangkap ikan adalah suatu pekerjaan penting di Terengganu. Ikan yang dikeringkan akan ditukar dengan penduduk pendalaman seperti debu-debu emas dan lada hitam. Barang ini menjadi barang pertukaran dengan pedagang asing.Barang yang diperlukan ialah beras, tembakau, kapas dan
barangan lain.Hugh Clifford pada tahun 1895 melaporkan kemahiran pengeluaran orang-orang Terengganu. Barang-barang utama pengeluaran Terengganu ialah sutera,kain-kain, alat-alat senjata seperti pisau, badik, pedang, keris, barang-barang logam dan ukiran kayu. Orang-orang Melayu Terengganu adalah pembuat bot yang pakar.Masyarakat Terengganu telah menjalankan perdagangan
antarabangsa menggunakan perahu besar membawa barangan seperti barangan
tembaga, kain dan rotan dari Terengganu menuju negeri Indo-China dan
Indonesia.

Kebenaran FO-LO-AN (Kuala Berang) sebagai sebuah pusat perdagangan di Abad ke 12,berkemungkinan ada kaitannya dengan sebuah kapal yang telah tersadai. Kapal ini telah menjadi batu dan bentuknya dapat dilihat seperti bunyikan, kemudi dan bahagian dalamnya. Kapal tersebut terletak di atas sebuah anak bukit tidak jauh dari sebuah anak sungai di Kampung Gerdong, kira-kira 40 km dari Bandar
Kuala Berang.




Sedikit sebanyak tentang asal-usul orang ganu. Dan aku pure ganu, mak ayah aku orang ganu. Keturunan tu biarlah rahsia.

Sabda Rasullulah:
“Kenalilah keturunanmu, dengan itu kamu menghubungkan keluarga kamu.”


“Semua manusia memegang amanat pada nasab-nasab mereka.”




Kenalilah keturunanmu, maka insya Allah kamu akan mendapat apa yang kamu cari selama ini.

_________________

We Are Happy Family!

Back to top Go down
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 10:44 am

wah! aku orang seberang pun baca juga. tambah ilmu lah katakan..
terima kasih atas artikel yg sgt berguna ini.
good good good good
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 106
Location : Holy Land, Jurusalem

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 11:37 am

Sama2 bro. kalau boleh mari la kita kongsi2 asal usul korang. aku pure arab+malay. tapi xde rupa arab. sebab da lama berasimilasi dgn melayu. moyang2 aku dulu je. jadi kesimpulannya aku ni adalah 'ajam'.

_________________

We Are Happy Family!

Back to top Go down
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 11:45 am

neofairy wrote:
Sama2 bro. kalau boleh mari la kita kongsi2 asal usul korang. aku pure arab+malay. tapi xde rupa arab. sebab da lama berasimilasi dgn melayu. moyang2 aku dulu je. jadi kesimpulannya aku ni adalah 'ajam'.

wah bagus ko dapat tahu asal usul.. aku pun dapat juga asal usul ku..
tapi seganlah aku nak cerita kadang2 org kata aku nie cakap besar saja..
wakakakakak jadi tak mengapa.. biarlah rahsia

Kecewa
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 106
Location : Holy Land, Jurusalem

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 11:59 am

alaa, cerita je broo.
sama2 kita je kan.

org kata kalau kacukan ni cun2, hensem2.
contoh paling mudah di sini.
jejaka paling hensem di nostalgia, wan.
mungkin belia ada darah melayu, cina, arab, hindustan, perancis, sweden, mongolia, australia, kazakhstan, albania, ukraine, somalia, pakistan, iran, iraq, finland dan juga thailand.

_________________

We Are Happy Family!

Back to top Go down
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 12:04 pm

neofairy wrote:
alaa, cerita je broo.
sama2 kita je kan.

org kata kalau kacukan ni cun2, hensem2.
contoh paling mudah di sini.
jejaka paling hensem di nostalgia, wan.
mungkin belia ada darah melayu, cina, arab, hindustan, perancis, sweden, mongolia, australia, kazakhstan, albania, ukraine, somalia, pakistan, iran, iraq, finland dan juga thailand.

Quote :
mungkin belia ada darah melayu, cina, arab, hindustan, perancis, sweden, mongolia, australia, kazakhstan, albania, ukraine, somalia, pakistan, iran, iraq, finland dan juga thailand.

dia (wan) kata terlupa.. tanjung rambutan (tempat kita bergambar 4 saudara tuu..)
Back to top Go down
Redline360
Helper
Helper


Posts : 119
Join date : 2009-10-07

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 4:11 pm

Malam ni Terengganu lawan Negeri Sembilan yeahhhh.... Hoben jang hoben

_________________
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 106
Location : Holy Land, Jurusalem

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 8:15 pm

Peteh ganu peteh!!

_________________

We Are Happy Family!

Back to top Go down
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 8:35 pm

Boleh BAH kalau kau!! (aku sokong pasukan SABAH!)

p/s: maaf off topik
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 106
Location : Holy Land, Jurusalem

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 8:56 pm

wakakaka. xpe. gomo klate gomo!

_________________

We Are Happy Family!

Back to top Go down
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 10:23 pm

gomo klate gomo?
ganu senyum sokmo?
na na na naa.. ganu kiter..
Back to top Go down
Redline360
Helper
Helper


Posts : 119
Join date : 2009-10-07

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sat Oct 31, 2009 10:58 pm

sori off topic N9 4 Terengganu 1... n9 melangkah ke Final... Apa2 hal pon peteh ganu peteh monang kalah adat bersukan... Steadyyyy periiiiiiiiiiiiiiiiii....

_________________
Back to top Go down
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sun Nov 01, 2009 9:49 am

ahhaahahhahahha Relax
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 106
Location : Holy Land, Jurusalem

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sun Nov 01, 2009 2:38 pm

hahahahaha.. sebab aku xmain la ganu kalah boorr..

_________________

We Are Happy Family!

Back to top Go down
uosɹǝdpǝɹıdxǝ
Anbu
Anbu


Posts : 362
Join date : 2009-10-25

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sun Nov 01, 2009 2:46 pm

4 saudara lum satu team tu... kalau 1 team.. konpom! boleh
Back to top Go down
Redline360
Helper
Helper


Posts : 119
Join date : 2009-10-07

PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Sun Nov 01, 2009 9:27 pm

HAAHAHAAHAHAHA

_________________
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Memories Of Terengganu   Today at 2:02 am

Back to top Go down
 
Memories Of Terengganu
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pemberton memories...
» Similac Capturing Memories from Bump to Baby Instant Win Game

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Arena Celoteh :: Chitchat 24 Hours-
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Free forum