nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeCalendarFAQRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
by just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
by just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
by Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
by Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
by unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
by unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
by noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
by noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
by Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
by mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
by bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
by noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
by Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
by waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

Share | 
 

 Kegembiraan ‘merebak’

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 29
Location : dalam jasad manusia

PostSubject: Kegembiraan ‘merebak’   Mon Oct 19, 2009 2:34 pm

ORANG kata, kalau sedih, luahkan kepada seseorang, kesedihan boleh berkurang dan kalau gembira, kongsikan juga kerana kegembiraan akan berganda. Tahukah anda, kegembiraan yang dirasa boleh membuatkan orang lain tersenyum dan gembira?

Kajian terbaru penyelidik Fakulti Perubatan Harvard dan Universiti California San Diego menyatakan, kegembiraan boleh berjangkit dan ia dipengaruhi bukan saja orang yang anda kenal, tetapi individu lain yang anda tidak pernah jumpa.

Kajian itu menunjukkan, kegembiraan boleh ‘merebak’ melalui jaringan sosial. Ini bermakna kegembiraan anda boleh mempengaruhi orang lain, termasuk individu yang anda tidak kenal.

Ketua Penyelidik Bersama dari Universiti California, Dr James H Fowler, berkata kesedihan juga boleh merebak tetapi lebih perlahan berbanding kegembiraan.

Kajian yang dijalankan dari 1983 hingga 2003 dan membabitkan 4,739 peserta itu berjaya membina jaringan sosial antara mereka.

Peserta ditanya pelbagai soalan, termasuk ‘Saya berasa yakin dengan masa depan’ dan ‘Saya gembira’.

Hal penting mengenai keluarga seperti hari jadi, kematian, perkahwinan atau perceraian juga direkodkan. Peserta juga ditanya nama ahli keluarga, kawan rapat, kawan sekerja dan jiran.

Oleh kerana jaringan ini, penyelidik mengenal pasti lebih 50,000 jaringan kekeluargaan dan sosial. Melalui kaedah ini ‘penyebaran’ kegembiraan dianalisis. Mereka dapati hubungan sosial yang rapat mampu meningkatkan kegembiraan seseorang sebanyak 15 peratus.

Kegembiraan bagi hubungan darjah kedua (contohnya pasangan kawan anda) juga meningkat 10 peratus. Bagi hubungan darjah ketiga (contoh: anda berkawan dengan A dan A mempunyai kawan B; B berkawan dengan C): kegembiraan dialami C meningkat enam peratus.

Menurut Howler, mempunyai ramai kawan juga boleh meningkatkan kegembiraan tetapi jika ada kawan bersifat ceria, kesannya lebih ketara.

Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda perlu mengelak bergaul dengan individu yang bersedih dan jika berdepan situasi itu, cuba menggembirakannya.

Howler bersama rakan penyelidik daripada Fakulti Perubatan Harvard, Dr Nicholas Christakis, sebelum ini mengatakan, seseorang yang mahu berhenti merokok ada peluang kejayaan lebih tinggi jika kawan dan ahli keluarga tidak merokok.

Mereka juga membuat hipotesis bahawa obesiti boleh merebak melalui kumpulan sosial dan seseorang individu itu lebih cenderung mengalami masalah berat badan jika berat badan kawan juga bertambah (kerana mereka tidak kisah perkara itu).

Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi emosi anda dan sebaliknya. Kita ada kuasa untuk menentukan emosi kita setiap hari. Jika rasa kurang bersemangat, fikirkan punca mengapa anda berperasaan begitu.

Perkara paling mudah untuk dilakukan ialah memulakan hari anda dengan senyuman — senyumlah untuk diri sendiri dan anda akan berasa aura positif meresap ke dalam hati.

Lebih baik jika anda boleh ketawa dengan mengingat perkara lucu dialami bersama keluarga, orang tersayang atau kawan. Kajian membuktikan ketawa boleh memperbaiki emosi seseorang yang membuat hati berasa lapang.

Walaupun penyelidik belum dapat menerangkan bagaimana proses ini berlaku, ketawa dikenal pasti memberi banyak manfaat terhadap kesihatan fizikal dan mental; yang turut mendatangkan kesan positif kepada orang sekeliling.

Antara penerangan yang ada ialah fisiologi badan berubah apabila kita ketawa. Kita akan meregangkan otot muka dan badan, denyutan nadi dan tekanan darah meningkat sedikit, pernafasan membawa lebih banyak oksigen kepada sel.

Ada orang percaya, kesan ketawa sama seperti senaman ringan. Malah ada yang mencadangkan, ketawa disertai dengan pergerakan (seperti menggerakkan tangan) merangsang degupan jantung. Satu kajian mendapati kadar degupan jantung apabila ketawa besar selama seminit sama seperti menggerakkan mesin mendayung 10 minit!

Manfaat lain ketawa ialah:


Ia membakar kalori — Penyelidik dari Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat, Maciej Buchowski, mendapati ketawa 10-15 minit membakar 50 kalori.

Aliran darah — Kajian Universiti Maryland ke atas orang yang menonton komedi mendapati, ketawa membuat salur darah mengembang dan mengecut dengan lebih mudah. Salur darah individu yang menonton drama didapati tegang dan aliran darah tidak selancar orang ketawa.

Paras gula — Ketawa membantu merendahkan paras gula selepas makan.

Mengurangkan kesakitan — Ketawa membuatkan seseorang rasa gembira yang secara tidak langsung melupakan kesakitan dialami.

Menguatkan sistem imun badan — Oleh kerana ketawa boleh melancarkan aliran darah, sel darah putih yang menjadi barisan utama sistem imun dapat diagihkan ke seluruh badan dengan lebih cepat.

Jadi ia dapat memberi perlindungan lebih baik. Ada juga penyelidik berkata, orang ceria jarang jatuh sakit berbanding individu yang serius dan sukar ketawa.

Walaupun kebanyakannya kajian kecil, ketawa terbukti membawa kesan positif kepada kita. Suasana ceria diserikan dengan ketawa boleh merapatkan hubungan sosial sama ada dengan keluarga atau rakan.

Jadi, pilihlah untuk menjadi individu ceria dan bersikap positif. Ia bukan saja akan membantu meningkatkan prestasi kerja, tetapi membuatkan anda lebih berseri dan disenangi.

-credited to Harian Metro

_________________

MATI ITU PASTI.....HIDUP INSYAALLAH


Apabila hujan turun..
Melimpah lah air dari perbukitan
Aliran menujah ke batu
melekuk..
tanda waktu beralih
Seiring nyawa menghanyut usia
Sejalan nafas
melangkah ke hujung..


"....Awan..
Kalau dapat dicapai
maka saktilah hamba.."



Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior


Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 59
Location : umah atas tanah di planet bumi

PostSubject: Re: Kegembiraan ‘merebak’   Mon Oct 19, 2009 3:39 pm

ya setuju...sy mahu gembira sentiasa.........
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
 
Kegembiraan ‘merebak’
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Kesihatan-
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Free forum