nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeCalendarFAQRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
by just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
by just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
by Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
by Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
by unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
by unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
by noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
by noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
by Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
by mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
by bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
by noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
by Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
by waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

Share | 
 

 Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 29
Location : dalam jasad manusia

PostSubject: Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.   Thu Oct 08, 2009 4:42 pm

Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.
Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak Dan menikmati Hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga Hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.Begitulah dia, kalau Ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap Terlalu manja.
"Papa? Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak
Dengar," Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?"Saya Bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.
"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,Memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.
" Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa?Bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke Lantai.Nyata dia tidak mahu mengalah.
"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah
Permata Hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak Menyangka Saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu Dia Beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh Ke Arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan
Kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia Menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu,Dua Minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,Serena Tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri Dan Serena menikmati sarapan Bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil Tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah Bacakan, okeylah TU!" Nampak wajahnya terkuncam.. Saya terus menyuap Makanan.
"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! Katanya.
Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi Suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu
Seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran Mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila Pulak Dia keluar? Tadi Ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum Meluru
Ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan Seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya,Masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat Hatinya."Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya Dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu Nafasnya Tersekat-sekat. "Papa? Mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina saying Mama,
Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar Dan tidak sambil
Membuka Matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun Sekadar Cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya
Membuatkan Jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan diBilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.
Masuk Hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan Diri Dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan Cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi KatilSerena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air Mata.Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak Dapat Mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya,Saya Bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.
Kemudian setiap Hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara Isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah Dan Kesal Dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk Hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka Matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.
Bacaan saya terhenti, Air Mata merembes Dan saya usap-usap kepalanya.Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima
kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata
Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

_________________

MATI ITU PASTI.....HIDUP INSYAALLAH


Apabila hujan turun..
Melimpah lah air dari perbukitan
Aliran menujah ke batu
melekuk..
tanda waktu beralih
Seiring nyawa menghanyut usia
Sejalan nafas
melangkah ke hujung..


"....Awan..
Kalau dapat dicapai
maka saktilah hamba.."



Back to top Go down
mysterious
Genin Senior
Genin Senior


Posts : 60
Join date : 2009-10-27

PostSubject: Re: Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.   Wed Oct 28, 2009 10:55 am

Sad sedih
kepada lelaki kat luar sana, baca sbgi pgajaran
trima ksh tuan tanah
Back to top Go down
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior


Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 59
Location : umah atas tanah di planet bumi

PostSubject: Re: Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.   Wed Oct 28, 2009 4:07 pm

....erm...mmg sdih.....kisah utk mencuci hati....
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
mysterious
Genin Senior
Genin Senior


Posts : 60
Join date : 2009-10-27

PostSubject: Re: Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.   Wed Oct 28, 2009 5:55 pm

...sedih sgt Sad
Back to top Go down
Morpheus_d_vai
Helper
Helper


Posts : 169
Join date : 2009-10-09
Location : tepi divaider

PostSubject: Re: Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.   Wed Oct 28, 2009 10:32 pm

sedih giler...
huk..huk...

_________________
TERUSKAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI...

WHY NOT GET PAID TO LEAVE A COMMENT?--->youthsays
Back to top Go down
http://rajalawakjenaka.blogspot.com
cik dalyla
Helper
Helper


Posts : 387
Join date : 2009-09-27

PostSubject: Re: Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.   Thu Oct 29, 2009 12:19 am

isk2 sedih....
teringat plak cite papadom...

_________________


I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone.
We are not the same persons this year as last; nor are those we love. It is a happy chance if we, changing, continue to love a changed person.

Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.   Today at 3:20 am

Back to top Go down
 
Papa Bacakan Kuat Kuat Ye.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» A Ghostly Story from Kirkham

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Tips & Nasihat-
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Free forum