nostalgia ®
sila register untuk mendapatkan kepuasaan yang tiada tandingan...bersama nostalgia!!


Nostalgia Community 2009-2010 ®
 
HomeCalendarFAQRegisterLog in
Free Our Mind
Mari Bersama-sama Dalam Dalam Perjuangan Jihad Cyber
Free Our Mind Crew © 2009
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» org pro nak masuk
by just smile Thu Dec 13, 2012 12:42 pm

» How To hack Streamyx Account
by just smile Wed Dec 12, 2012 10:24 am

» IZ FIBER menyelesaikan masalah sembelit, berat badan dan perut buncit
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:28 pm

» 5 Pantang Larang & 6 Syarat Pemakanan Elak Obesiti
by intan az Sat Jan 29, 2011 7:26 pm

» Del Toro: Hari Pertamaku di Nostalgia Community! Sila beri tunjuk ajar...huhu!
by Ran Del Toro Thu Nov 18, 2010 7:17 am

» Internet Paling Laju Di Dunia!-40GBps
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sun Nov 14, 2010 10:48 pm

» mama jaapar is here nokss....
by Ran Del Toro Sat Sep 11, 2010 10:07 am

» Mari Berbalas Pantun
by unknow Sun Aug 08, 2010 11:06 pm

» SMS FREE (Untuk Celcom)
by unknow Sun Aug 08, 2010 10:24 pm

» mana sume org
by uosɹǝdpǝɹıdxǝ Sat Jul 10, 2010 5:05 pm

» Kalau terjumpa atau ternampak hantu, apa nak buat?
by noname Sun Apr 11, 2010 8:22 pm

» Berkumpul semula di Nostalgia...
by noname Sun Apr 11, 2010 8:19 pm

» Jin Takut Pada Minyak Wangi...??
by Laksamana Sunan Tue Mar 30, 2010 1:47 am

» Buzz That RapidShare Wait Limit
by mr. O Tue Mar 16, 2010 5:31 am

» salam 1 malaysia
by bridex Fri Mar 05, 2010 5:01 pm

» Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut.
by noname Mon Feb 08, 2010 11:22 pm

» diari korang
by Laksamana Sunan Sat Feb 06, 2010 11:40 pm

» Mozilla Firefox shortcut keys
by waja Tue Jan 19, 2010 11:33 am

» Cara2 mencantikan PC anda..
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

» Cara lajukan capaian internet
by Redline360 Wed Jan 13, 2010 10:35 pm

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 322 on Sun Jan 17, 2010 11:19 pm

Share | 
 

 Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Laksamana Sunan
Moderator
Moderator


Posts : 714
Join date : 2009-09-27
Age : 29
Location : dalam jasad manusia

PostSubject: Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan   Thu Oct 08, 2009 4:28 pm

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan. Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat. Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya. Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil). Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju. Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya. Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah. Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri. Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

P/S: Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a'lam.

_________________

MATI ITU PASTI.....HIDUP INSYAALLAH


Apabila hujan turun..
Melimpah lah air dari perbukitan
Aliran menujah ke batu
melekuk..
tanda waktu beralih
Seiring nyawa menghanyut usia
Sejalan nafas
melangkah ke hujung..


"....Awan..
Kalau dapat dicapai
maka saktilah hamba.."



Back to top Go down
Admin
Admin
Admin


Posts : 88
Join date : 2009-09-27

PostSubject: Re: Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan   Thu Oct 08, 2009 4:30 pm

terima kasih wan...

_________________
testing
Back to top Go down
http://nostalgia.heavenforum.com
ainD_Wunan
Anbu Senior
Anbu Senior


Posts : 603
Join date : 2009-10-01
Age : 59
Location : umah atas tanah di planet bumi

PostSubject: Re: Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan   Fri Oct 09, 2009 12:34 pm

bole memperingatkan bg insan yg terlupa....
Back to top Go down
http://norezschan.blogspot.com
PiRaTe_KinG
Moderator
Moderator


Posts : 515
Join date : 2009-09-27

PostSubject: Re: Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan   Fri Oct 09, 2009 12:54 pm

thanx wan..boleh mengingatiku sekiranya ku terlupa..
Back to top Go down
neofairy
Admin
Admin


Posts : 527
Join date : 2009-09-27
Age : 106
Location : Holy Land, Jurusalem

PostSubject: Re: Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan   Fri Oct 09, 2009 1:18 pm

Iman kita sentiasa turun naik.

_________________

We Are Happy Family!

Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan   Today at 9:43 pm

Back to top Go down
 
Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Akuarium 120x50x50 minta saran Senior...udah mulai nyerah
» Cycling untuk tank pemula

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
nostalgia ® :: Info dan Tips :: Tips & Nasihat-
Jump to:  
Free forum | © phpBB | Free forum support | Contact | Report an abuse | Free forum